2019 | 2018 | 2017

Ikuti aktiviti kami secara bergambar di Facebook Annajah Community.

PROGRAM DAKWAH DI POS SINDERUT

Syukur kepada Allah SWT yang telah menggerakan hati-hati kita untuk pergi menyampaikan islam kepada mereka yang begitu doif dari segi ilmu agama. Mungkin atas usaha kita yang berterusan Allah akan memberikan hidayah untuk mereka mengenal islam.

  • 30 Mac - 1 April 2018
  • POS Sinderut
  • Kuala Lipis, Pahang

MENYANTUNI WARGA ROHINGYA DI CHERAS

Aktiviti PKAS diteruskan lagi dengan acara menyantuni warga Rohingya di kawasan Cheras Baru dengan memberi makan dan menyampaikan barang-barang keperluan dapur seperti beras, minyak masak, gula, telur, biskut dan lain-lain lagi.

  • 25 Mac 2018
  • Cheras
  • Kuala Lumpur

UKHUWAH RAMADHAN BERSAMA ASNAF

PKAS telah mengadakan majlis Iftar bersama anak yatim daripada PPR Semarak, warga OKU serta beberapa keluarga miskin tajaan PKAS. Solat terawih juga diadakan selepas majlis berbuka puasa yang dipimpin oleh Ustaz Hasyimi.

  • 2 Jun 2018
  • Laman Pengantin Melawati
  • Kuala Lumpur

AID CONTAINER FOR SYRA

Alhamdulillah satu kontena baranag2 makanan dan pakaian dapat dikumpulkan untuk dihantarkan ke Syria bagi membantu mangsa2 peperangan di bumi Syria. Terima kasih diucapkan kepada semua penderma dan penginfak yang telah menyumbangan wang ringgit, barangan dan tenaga dalam kerja2 membungkus dan memunggah barangan kedalam kontena. Inshaallah pertolongan tuan2 dan puan2 akan mendapat ganjaran di akhirat kelak.

  • Jun 2018
  • Kitchen In Calais Collection Center
  • Nilai, Negeri Sembilan

LAWATAN KE PUSAT JAGAAN MAHMUDAH DAN NUR HASANAH

Lawatan ke rumah jagaan orang-orang tua iaitu Pusat Jagaan Nur Hasanah dan Mahmudah di Semenyeh Selangor. Wakil PKAS hadir membawa barang & wang sumbangan. Kebanyakan mereka terdiri daripada warga tiada waris, miskin, tiada tempat tinggal, sakit dan ditinggal atau dibuang oleh anak-anak.

  • 12 Jun 2017
  • Pusat Jagaan Mahmudah & Nur Hasanah
  • Selangor

Ingin Menjadi Sukarelawan?

Untuk mejadi sukarelawan, sesorang itu seharusnya melakukan pengorbanan samada dari sudut harta, masa ataupun tenaga. Maka sebab itulah menjadi seorang sukarelawan itu merupakan satu pekerjaan yang mulia.

Sertai Kami