Bengkel Pelan Tindakan PCOE

Alhamdulillah, pada 20 dan 21 Julai 2019 bertempat di Sri Damai Resort Kalumpang, Selangor telah diadakan BENGKEL yang dihadiri oleh Tenaga Penggerak PKAS (TPP) bagi membincangkan Pelan Tindakan PCOE (PKAS Centre of Excellence).
Dalam sesi 'brainstorm' ini, banyak perkara penting yang telah dikupas dan diperhalusi untuk mencapai kata sepakat untuk keputusan serta tindakan selanjutnya.

Sesi Bengkel ini juga turut dihadiri oleh Dr Izandis Mohamad Sayed, iaitu Orang Asli pertama yang menjadi doktor pakar di Hospital Orang Asli Gombak. Beliau telah banyak memberi inspirasi dan khidmat kepada masyarakat dan komuniti Orang Asli khasnya. Banyak pandangan yang telah Dr Izandis kongsikan dengan kami semasa sesi bengkel ini.
Jazakallah, Doktor.

Kami juga berbesar hati kerana Pengetua MITI (Maahad Integrasi Tahfiz Insyirah) Ustaz Sahril Sartu sudi datang dan memberi pandangan-pandangan bernas beliau.
Juga hadir sebagai jemputan adalah Ust Hafiz dari Majlis Agama Islam Pahang yang berkongsi pengalaman sebagai Pegawai Agama yang berkhidmat di POS Sinderut, Kuala Lipis.
Jazakumullahkhayr.

Pasca bengkel, Biro Pendidikan kini akan memberi fokus kepada penghasilan Sijil-Sijil Kelayakan bagi pembelajaran Diniyah dan Kemahiran yang di IKTIRAF supaya Anak-Anak Orang Asli ini dapat terbang tinggi dan selanjutnya berbakti kepada komuniti, disamping menjadi seorang muslimah yang kuat jatidiri.

Kami amat berharap agar dapat menambah sumber dana bagi kelancaran penghasilan produk yang kami sayangi ini (Anak Orang Asal, Da'i Harapan kita)