"Fokus utama kami adalah bukan sahaja urusan kebajikan ummah tetapi keutamaannya adalah ingin mendedahkan kepada masyarakat tentang kewajipan dan kepentingan mempelajari Al-Quran, tadabbur, beramal dan menyebarkannya." - Presiden PKAS


Profil

Nama: Persatuan Kebajikan AnNajah Selangor (PKAS)

No. Pendaftaran: PPM-034-10-09072013

Tarikh Mula Beroperasi: 9 Julai 2013


Sejarah Penubuhan PKAS

Asas penubuhan Persatuan Kebajikan AnNajah Selangor (PKAS) bermula hasil daripada gabungan dua aktiviti kumpulan iaitu Jemaah dari Surau AnNajah Ampang (bermula dari 2008) dan kumpulan usrah / halaqah Blok V di UTM Jalan Semarak (penghujung 2012).

Kedua-dua aktiviti kumpulan ini menumpukan kepada pengisian kerohanian dan mendalami kefahaman tentang Al-Quran (Tadabbur Al-Quran) dibawah bimbingan Ustaz yang sama iaitu Ustaz Abdul Muein b Abd Rahman. Hasil dari kefahaman dan kesedaran terhadap ilmu yang telah diperolehi telah memotivasikan ahli dalam kumpulan yang kecil ini untuk membentuk satu pertubuhan yang lebih berfungsi untuk berkongsi, mengamalkan dan menyampaikan dakwah secara lebih menyeluruh dan berkesan kepada seluruh masyarakat sekitar. Oleh itu gabungan keahlian dari kedua-dua kumpulan ini telah bersatu dan membentuk satu pertubuhan yang berdaftar atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN AnNAJAH SELANGOR pada Julai 2013.

Melalui penubuhan ini, pelbagai aktiviti amal telah dirangka disamping meneruskan aktiviti utama iaitu pengisian ilmu dalam tadabbur Al-Quran dan Hadith. Pendaftaran pertubuhan ini telah membawa kepada pemilihan lokasi pusat rasmi untuk PKAS di alamat 21-1, Jalan Seri Rejang 3, Rampai Business Park South, Sri Rampai yang diberi nama AnNAJAH COMMUNITY (bermaksud komuniti yang mengimpikan kejayaan akhirat).

Sukarelawan Kami

"Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati."
Surah Al Baqarah: 274

Ingin Menjadi Sukarelawan?

Untuk mejadi sukarelawan, sesorang itu seharusnya melakukan pengorbanan samada dari sudut harta, masa ataupun tenaga. Maka sebab itulah menjadi seorang sukarelawan itu merupakan satu pekerjaan yang mulia.

Sertai Kami