PKAS Centre of Excellence

Sebagaimana yang telah dimaklumi, pihak PKAS telah memulakan Projek Da'i Asnaf pada April 2018 yang lalu.

Beginilah keadaan anak-anak Orang Asli yang kami ambil dari penempatan asal mereka di POS Kemar Grik Perak dan juga dari POS Sinderut Kuala Lipis Pahang.

Alhamdulillah, banyak perubahan positif yang telah anak-anak ini tunjukkan disepanjang tempoh pengajian mereka selama 1.5 tahun ini.

Berkat didikan ustazah, ustaz dan semua tenaga pengajar sukarela, serta galakan pengganti 'ibu-ayah' mereka dari Tenaga Penggerak PKAS, semoga anak-anak ini terus istiqamah dalam pembelajaran, semoga menjadi muslimah yang berjaya di dunia dan akhirat. Semoga ilmu yang mereka perolehi dapat diamalkan dan dicurahkan pada masyarakat mereka nanti.
Aamin Ya Rabbal Alamin.

Jazakumullahkhayr kepada para penginfaq yang tidak jemu menghulurkan bantuan kepada pihak kami untuk meeruskan pembelajaran mereka. Semoga menjadi amal jariah dan bekalan pahala untuk kira nanti.

Sumbangan ikhlas boleh diderma ke infaq kami. Terima kasih.

Projek Da'i Asnaf

Jom infaq untuk kos pembelajaran anak-anak Orang Asli ini. Kami perlukan RM10,000 bulanan untuk menampung keperluan asrama dan persekolahan mereka.

Matlamat: RM10,000

RM4,000